Monday, 29 December 2014

Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2014

Keputusan SMA telah mula diumumkan melalui online dan juga boleh didapati di pejabat sekolah. Pelajar-pelajar telah mula datang untuk mengambil keputusan masing masing. 6 orang pelajar SMAM telah mendapat Mumtaz dimana 4 daripadanya adalah Mumtaz Sufi. 11 orang mendapat Jayyid Jiddan, 14 Jayyid, 11 Maqbul dan 20 Rosib. Berikut ialah analisa keputusan mengikut subjek.


4 pelajar yang mendapat Mumtaz Sufi ialah:

TENGKU NUSAIBAH BINTI T MOHD ASRI
NURLIYANA IFFAH BT MOHAMAD SHAH
NURUL AFIQAH BT ABD RAZAK
NAZIHAH BINTI ABD JALIL

9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan:

NURIYATUL HILMA BT AHMAD TAMIMI

7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan:

SITI FAIRUZ BINTI ABD RAZAK

TAHNIAH diucapkan. 




Pendaftaran Tingkatan 2 hingga 5

Alhamdulillah, sesi pendaftaran pelajar tingkatan 2 hingga 5 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Disember 2014. Bilangan ibubapa dan pelajar yang datang untuk mendaftar nampaknya adalah sederhana ramai. Ini mungkin disebabkan oleh faktor banjir yang melanda negeri Pahang yang masih belum berakhir. Terdapat juga guru-guru yang tidak dapat hadir bersama disebabkan jalan terputus di kawasan-kawasan mereka. Semoga banjir akan cepat reda. InsyaALLAH.

Tuesday, 23 December 2014

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2015

          Pendaftaran tingkatan 1 2015 telah dijalankan pada 23 Disember 2014 sebagaimana dijadualkan sebelum ini. Walau bagaimanapun oleh kerana pada hari tersebut kawasan bandar Maran mengalami banjir yang agak teruk sebahagian besar pelajar yang sepatutnya mendaftar tidak dapat mendaftar kerana jalan terputus dari arah Kuantan dan juga Temerloh. Dari arah Kuantan, jalan terputus di permulaan jambatan berdekatan Taman Maran Impian dan di 2 simpang lampu isyarat Bandar Maran. Dari arah Temerloh pula jalan terputus di kawasan Bukit Tajau. Hanya dalam sekitar 30 orang sahaja berjaya didaftarkan pada hari tersebut.




Monday, 22 December 2014

BANDAR MARAN DILANDA BANJIR

Setakat pukul 6.45 pagi tadi jalan dari kuantan ke bandar Maran tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hujan lebat dari semalam menyebabkan bandar maran dilanda banjir.


















Sekitar Hari Pengumuman PT3

 Alhamdulillah, keputusan PT3 SMAM telah diumumkan pada hari ini 22 Disember 2014. Kepada yang mendapat kejayaan cemerlang, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa dan terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan. Jadikan keputusan PT3 hari ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.



Monday, 15 December 2014

Keputusan Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3)



  Keputusan peperiksaan PT3 akan diumumkan pada hari Isnin 22 Disember 2014. Pelajar-pelajar bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil slip keputusan tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi 22 Disember 2014. Semoga ALLAH memberikan kejayaan kepada pelajar-pelajar semua. InsyaALLAH.

Thursday, 11 December 2014

Bengkel Pengurusan Disiplin Dan Asrama SMAN

    Pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan satu program mengenai pengurusan disiplin dan asrama sekolah menengah agama negeri pahang pada 11 hingga 12 Disember 2014 bertempat di Hotel De Rhu, Kuantan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan disiplin dan asrama kepada semua sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan JAIP. Program ini dihadiri oleh pengetua, GPK HEM dan warden dari setiap sekolah agama di bawah JAIP. SMA Maran telah diwakili oleh Ustaz Mohammad B Ab Rahman (pengetua), Ustaz Shamsudin B Ali (GPK HEM), Ustaz Fakhrurrazi (ketua warden 2014), Ustaz Syarafi (ketua warden 2015) dan Ustaz Azrul ( warden 2015). Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

   Adalah diharapkan program ini akan memberikan pendedahan maklumat yang berguna kepada semua sekolah-sekolah agama negeri JAIP untuk memastikan pengurusan asrama dan disiplin yang lebih mantap. InsyaALLAH.