Thursday, 16 January 2025
PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN & CENDERAHATI OLEH PENGETUA DARIPADA JAIP KEPADA PELAJAR CEMERLANG SMA 2023
Sijil disampaikan oleh Pengetua SMAM, Cikgu Mohd Fairuz Bin Ab Kudus di Pejabat Pentadbiran SMA Maran pada jam 9.00 pagi. Tahniah kepada semua penerima. Semoga terus cemerlang di masa hadapan. InsyaALLAH.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PENGAWAS SESI 2025/2026 DAN PENGHARGAAN KEPADA PENGAWAS SESI 2024/2025
Majlis Penyerahan Surat Lantikan Pegawas Sekolah Dan Pegawas PSS Sekolah Serta Penghargaan Kepada Guru Pegawas serta Pegawas pegawas lama ini diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMA Maran pada hari Khamis 16 Januari 2024 bermula dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Penyampaian surat lantikan dan sijil penghargaan disempurnakan oleh Pengetua SMA Maran, Cikgu Mohd Fairuz dengan diiringi oleh GPK HEM, Ustazah Jazlina. Tahniah kepada pengawas-pengawas yang dilantik dan terimakasih kepada semua pengawas-pengawas lama yang telah memberikan tugas yang terbaik sepanjang sesi 2024/2025. Jasa anda amat dihargai dan semoga ALLAH swt membalas dengan pahala yang terbaik. InsyaALLAH.
Wednesday, 15 January 2025
AKTIVITI AKHIR TAHUN MINGGU KE-2 (13 - 17 JANUARI 2025)
Tuesday, 14 January 2025
TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 2025
Berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang di Blok B bangunan SMA Maran pada hari Sabtu 11 Januari 2025. Tahniah kepada calon-calon yang berjaya hadir untuk sesi tersebut. Semoga semua calon lulus temu uji dan menjadi warga SMAM 2025. InsyaALLAH.