Warga SMA Maran mengucapkan ribuan terimakasih atas pemberian Juadah Makmur daripada Menteri Besar Pahang kepada calon-calon SPM yang berulang dari rumah. Alhamdulillah, seorang calon SPM SMAM, Hannah Damia telah menerima Juadah Makmur ini setiap hari yang terdapat kertas peperiksaan SPM. Alhamdulillah dan terimakasih.
Monday, 24 November 2025
KERTAS PERTAMA SPM BERTULIS - BAHASA MELAYU
SPM 2025 bertulis dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu pada 25 November 2025. Semoga semuanya dapat menjawab dengan baik dan mendapat kepetusan cemerlang. InsyaALLAH.
TRANSFORMASI DIRI UNTUK PRESTASI SPM DAN SMA
Thursday, 20 November 2025
𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧 𝗔𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 (𝗦𝗠𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟱
Majlis diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 21 November 2025 | Jumaat
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SMA Maran
Kit disampaikan oleh Pengetua SMAM, Tuan Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus dan YDP PIBG SMA Maran, Encik Adnan. Terimakasih atas penyampaian dan semoga semua calon akan lebih bersedia dan mencapai keputusan cemerlang dalam SMA 2025. InsyaALLAH.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SMA DAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR SMA MARAN
SOLAT HAJAT PERDANA 2025
Dilaksanakan di Dewan TAR, SMAM pada hari Khamis 20 November 2025 bermula dari jam 7.00 petang hingga jam 9.00 malam. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa penjaga yang hadir ke majlis ini. Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan ditutup dengan Solat Isyak berjemaah. Semoga ALLAH swt memberikan kejayaan cemerlang kepada semua calon-calon SMA dan SPM 2025. InsyaALLAH.














































