Serahan duit sumbangan berbuka puasa (warga SMAM) kepada Imam Masjid Asy-Syakirin, Maran Tn. Amirul Fakri. Semoga ALLAH swt. merahmati seluruh warga SMAM dan menerima sedekah jariah dan amal ibadat kita di bulan yg mulia ini. Aamiin.
Tuesday, 24 February 2026
TABUNG INFAQ RAMADHAN 2026
AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DI DEWAN, TADARUS AL-QURAN DAN SOLAT TERAWIKH BERJEMAAH DI DEWAN TUN ABD RAZAK
Disepanjang bulan Ramadhan 2026, program yang dilaksanakan setiap hari ialah solat berjemaah di Dewan Tun Abd Razak, diikuti dengan sesi Tadarus Al-Quran dan pada sebelah malamnya solat terawikh berjemaah di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi lubuk pahala bagi Warga SMA Maran. InsyaALLAH.
PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN HPV
Program diadakan bermula dari jam 9.15 pagi Isnin 23 Februari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dijalankan oleh pasukan dari KK Maran yang diketuai oleh seorang doktor. Pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 2026.
Sunday, 22 February 2026
PERHIMPUNAN RASMI ISNIN PERTAMA RAMADHAN 2026 (23 FEBRUARI 2026)
Perhimpunan dijalankan pada jam 7.20 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM.
Saturday, 14 February 2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 (𝗕𝗔𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟲
Majlis diadakan pada hari Jumaat 13 Februari 2026 bermula dai jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Bantuan Awal Persekolah (BAP) yang bernilai RM150.00 telah diserahkan secara tunai kepada ibu bapa penjaga atau diambil oleh anak-anak yang diwakilkan oleh ibu bapa mereka. Alhamdulillah.
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝑱𝑨𝑳𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑴𝑬𝑴𝑶𝑹𝑰 𝑨𝑩𝑨𝑫𝑰
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM untuk meraikan perpisahan 2 guru SMA Maran iaitu Ustaz Ahmad Farek yang bertukar ke SMA Rompin dan Ustazah Azifah yang bertukar ke SMA Al-Khairiah. Pertukaran kedua-dua guru berkuatkuasa pada 9 Februari 2026. Ustaz Farek telah mengajar di SMAM selama lebih 10 tahun manakala Ustazah Azifah pula lebih dari 16 tahun. Semoga kedua-dua sahabat guru akan lebih cemerlang di sekolah baru mereka. InsyaALLAH.
































.jpg)




.jpg)


























