Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM bermula dari jam 9.00 pagi Jumaat 6 Disember 2024. Majlis dimulakan dengan ucapan dari semua guru-guru subjek SM, ucapan dari GPK HEM dan akhir sekali ucapan dari Pengetua SMA Maran. Intipati ucapan adalah pemberian restu terhadap ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar-pelajar dan kata-kata motivasi untuk meningkatkan semangat pelajar dalam menghadapi ujian bertulis yang akan bermula pada Isnin 9 Disember 2024. Semoga ALLAH swt memberikan kecemerlangan kepada semua calon SMA 2024. InsyaALLAH.
Ucapan dari guru-guru SMA 2024
Dari Kanan: Ustazah Jazlina (GPK HEM) dan Cikgu Mohd Fairuz (Pengetua)
Ucapan Ustazah Imani
Ucapan Ustazah Syarkiah
Ustaz Hakam
Ucapan Ustaz Marwan
Majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
Penyampaian alat tulis oleh Ustaz Ridho (SU SMA )
No comments:
Post a Comment