Sunday, 4 January 2026

MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN DAN PENDAFTARAN TINGKATAN 2 HINGGA 5 SESI 2026

 


Assalamualaikum wrt wbh
Ibubapa/Penjaga yang dihormati,

1.Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bahawa tarikh Pendaftaran dan Pembayaran Yuran Secara Online Tingkatan 2 hingga 5 2026 adalah bermula pada hari ini 5 Januari 2026 / Isnin.

2.Namun bayaran secara online masih TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN buat masa ini di Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA) dan sedang diatasi oleh Pihak BTM.

3.TIADA Pendaftaran & Pembayaran Yuran secara bersemuka.

4.Ibubapa/Penjaga boleh membuat pembayaran yuran secara online sejurus selepas sistem SPSMA kembali pulih seperti sediakala (akan dimaklum dari semasa ke masa).

5.Item Bayaran Yuran :
5.1 Yuran Sekolah (bayar secara online)
5.2 Yuran Asrama (bayar secara online)
5.3 Yuran PIBG (bayar secara online)
5.4 Yuran Koperasi/Kedai Buku (tunai/bayar secara online)


6 .Pengoperasian Koperasi Kedai Buku Sekolah :
6.1 Penjaga perlu hadir awal ke sekolah bagi melancarkan urusan pembelian.
6.2 Pembelian barang boleh dibuat secara bayaran TUNAI.
6.3 Koperasi/Kedai Buku Sekolah akan dibuka pada 7 , 8 & 9 Januari 2026 (Rabu - Jumaat).
6.4 Waktu operasi bermula 9.00pagi - 12.30tengahari.
6.5 Bagi tuntutan barang, sila kemukakan 1 salinan resit pembayaran untuk rujukan Pihak Kedai Buku Sekolah.
6.6 Simpan resit bagi tujuan rekod dan bukti pembayaran (jika perlu).

Harap Maklum.

Admin SMA Maran
11/1/2026


No comments:

Post a Comment