MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
Dimaklumkan bahawa berikutan keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini, pihak sekolah membenarkan anak-anak tuan/puan untuk memakai baju T-shirt Ko-kurikulum lengkap sepanjang sesi persekolahan.
๐ Sehubungan itu, beberapa garis panduan ditetapkan:
✅Isnin: T-shirt Ko kurikulum Lembah Permata
+ kain sekolah(perempuan)
+ seluar sekolah
✅Selasa : Baju Rumah Sukan(Merah/Biru/Kuning/Hijau)
✅Rabu : Baju Ko Lembah Permata
+seluar track sekolah(perempuan)
+seluar track/slack sekolah(lelaki)
✅Khamis : Baju Rumah Sukan(Merah/Biru/Kuning/Hijau)
✅Jumaat : Baju Ko Lembah Permata
Penampilan perlu sentiasa kemas dan berdisiplin
๐Selain itu, pihak sekolah juga menasihatkan agar
✨Bawa air botol minuman dan minum air secukupnya
✨Menjaga kesihatan diri sepanjang musim panas
๐ Makluman ini berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dalam memastikan kesihatan dan keselesaan anak-anak sepanjang berada di sekolah.
Sekian, terima kasih.
Arahan,
Pengetua SMA Maran
No comments:
Post a Comment