Friday, 28 March 2025

PENYERAHAN SUMBANGAN DARI YH DS SHAHANIZA SHAMSUDIN KEPADA PELAJAR CEMERLANG SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2024

 27 MAC 2025 / 26 RAMADHAN 1446H

10.00 pagi

SUB Tuan Haji Khairul Amin Bin Osman dan KPEN Jamaluddin Md Marzuki hari ini hadir ke Sekolah Menengah Agama Maran (SMAM) menyampaikan duit raya sumbangan YH DS Shahaniza Shamsuddin kepada 27 pelajar dan 10 tenaga pengajar yang telah mengharumkan nama Maran dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2024 yang lalu.
Penyerahan hari ini adalah bagi melunaskan janji YH Dato Sri kepada mereka ini yang dibuat semasa sesi perjumpaan santai pada 24 Februari 2025 yang lalu selepas mereka ini menobatkan SMAM sebagai Sekolah Agama terbaik dikalangan Sekolah² Agama Pahang untuk peperiksaan tersebut.
Harapan YH Dato Sri dan seluruh kepimpinan Umno Bahagian Maran agar mereka ini terus cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini selain SMAM terus mencatat keputusan² yang memberangsangkan untuk tahun² mendatang.
Tahniah SMAM.










No comments:

Post a Comment