Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada Ustaz Ahmad Farek Bin Rosdi yang telah dilantik secara rasmi sebagai Penyelaras Program Peningkatan Guru Melalui Professional Learning Community (PLC) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Tahun 2025.
Wednesday, 6 August 2025
Monday, 4 August 2025
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 3 GURU SMA MARAN YANG TELAH MENERIMA KENAIKKAN PANGKAT KE DG 42
Majlis diadakan di JAIP Pekan bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Tiga orang guru SMA Maran telah menerima kenaikkan ini iaitu Ustazah Jazlina, Ustazah Kamariyah dan Ustaz Azizul. Tahniah.
YH DATO' HAJI AHMAD KHIRRIZAL BIN HAJI AB. RAHMAN, DSAP., DIMP., SAP., AA
MESYUARAT KURIKULUM BILNGAN 3 TAHUN 2025 - POST MORTEM PPT SUBJEK UMUM DAN BU'UTH TINGKATAN 1 HINGGA 1-3, SUBJEK UMUM TINGKATAN 4 DAN SUBJEK BU'UTH TINGKATAN 5
Diadakan dari jam 3.00 hingg 5.00 petang di Bilik Mesyuarat SMA Maran. Ianya dihadiri oleh semua guru dan dipengerusikan oleh Pengetua SMAM - Tn. Hj. Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIAKU SMA MARAN
Tahniah diucapkan kepada Pasukan SMA Maran yang telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan Pengisahan Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di bawah Kelab MalaysiaKu. Mereka diraikan dalam majlis ringkas semasa perhimpunan rasmi Isnin 4 Ogos 2025. Tahniah.
Sunday, 3 August 2025
SEMINAR SMA 2025: FEQAH
Diadakan di Bilik KHB SMA Maran bersama Ustazah Ummu Hasnaa dari SMA Chenor. Program bermula dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Ianya diselaraskan oleh Ustaz Mohd Farek.
Friday, 1 August 2025
SENTUHAN KASIH PELAJAR SPM 2025
Dilaksanakan pada hari Jumaat 1 Ogos 2025 di Bilik KHB. Perjumpaan dilakukan untuk memberikan semangat dan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM 2025 yang akan menjelang.
Thursday, 31 July 2025
PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KK MARAN
Program diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari jam 9.00 pagi. Sepasukan pegawai kesihatan hadir untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada guru dan staff.