Monday 4 July 2016

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016

       Di kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMAM khususnya dan semua ummat Islam amnya. Semoga Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan suasana penuh meriah dan gembira bersama keluarga tercinta. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Ramadhan 1437 Hijrah bersamaan 2016 Masehi

      Alhamdulillah syukur diucapkan kepada ALLAH swt kerana dilimpahkan rahmat dan peluang untuk mengecapi Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Disepanjang Ramadhan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memenuhi peluang beribadat dalam bulan yang mulia ini.


Terawih Berjemaah di Dewan Tun Abd Razak SMAM

Disepanjang Ramadhan ini pelajar-pelajar asrama SMAM telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak untuk menjalankan solat fardhu dan terawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh waden-waden dan juga pelajar-pelajar SMAM. Alhamdulillah.

Ustaz Jumaidi memimpin pelajar dalam solat Terawih

Antara guru-guru yang hadir bersama pelajar-pelajar : Dari Kanan: Ustaz Fakhrulrazi, Ustaz Azrul dan Ustaz Syarafi


Solat Terawih yang dipimpin oleh Hafiz SMAM Saudara Mustaqim bersama Ayahnya Cikgu Sufian

Tadarrus Al-Quran, Solat Dhuha Dan Solat Hajat

          Disepanjang bulan Ramadhan ini juga dijalankan program Tadarrus Al-Quran di mana pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 30 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan 1 Juz untuk dihabiskan. Setiap kumpulan dipimpin oleh seorang guru. Selesai tadarrus, warga SMAM mengadakan pula solat Dhuha dan Solat Hajat. Waktu perlaksanaan program adalah dari pukul 7.20 pagi hingga 8.10 pagi setiap hari.




Keceriaan Asrama
    Pengurusan asrama juga menjalankan aktiviti untuk menceriakan asrama di sepanjang bulan Ramadhan untuk memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dengan asrama yang bersih dan ceria.

Tazkirah dan taklimat pengurusan asrama oleh ketua warden Ustaz Syarafi


Pelajar Asrama melakukan aktiviti kumpulan untuk menyediakan bahan-bahan keceriaan asrama

Pelajar mempamerkan kreativiti mereka dalam penyediaan bahan-bahan keceriaan


Qiyamullail Dan Tadarrus Al-Quran Sempena Sambutan Nuzul Quran

        Sempena sambutan Nuzul Quran yang jatuh pada Rabu 22 Jun 2016, pihak asrama telah mengambil peluang pelajar tidak balik ke kampung untuk mengadakan sesi qiyamullail dan tadarrus Al-Quran pada malamnya dari 3.00 pagi hingga 8.30 pagi.




 Pelajar-pelajar berkumpul di Surau ASPURI untuk sesi Qiyamullail dan Tadarrus Al-Quran


Agihan Kurma Kepada Penduduk Setempat
     Pada petang 30 jun 2016, satu program agihan kurma kepada penduduk setempat telah diadakan di Bazar Ramadhan Bandar Maran bermula dari pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang. Agihan telah dilakukan oleh pelajar-pelajar SMAM yang diketuai oleh Ustaz Rahimi.



Pelajar-pelajar ASPURA SMAM mengagihkan kurma kepada pengunjung dan penjual di Bazar Ramadhan Bandar Maran


Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa
    Pada 30 Jun 2016 juga Majlis Khatam Al-Quran Telah diadakan di dewan Tun Abd Razak bermula dari pukul 5.45 hingga 6.30 petang. Kemudian pelajar-pelajar dan guru-guru bersama-sama berbuka puasa di dewan makan dan kantin sekolah. Selepas itu warga SMAM bersama-sama solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.



Majlis Khatam Quran Dipimpin Oleh Ustaz Jumaidi dan Ustaz Farek



 Penyampaian Pulut Kuning Dan Bunga Telur Kepada Peserta-peserta Majlis Khatam Quran Oleh Tuan Pengetua


Sumbangan Wang Bantuan Persekolahan MUIP
        Pada 30 Jun 2016 bermula dari pukull 10.30 sehingga selesai, 3 orang pegawai MUIP Maran dengan diketuai oleh Pengarahnya Ustaz Nik telah datang ke SMAM untuk mengagihkan wang bantuan persekolahan sebanyak RM 100 kepada semua pelajar SMAM. Rombongan ini dengan diiringi oleh Pengetua Ustaz Shamsuri dan GPK HEM Ustaz Redho telah bergerak dari kelas ke kelas untuk menyampaikan bantuan persekolahan. Alhamdulillah.




Ahli rombongan MUIP sedang menyerahkan sumbangan Wang Bantuan Persekolahan di kelas dengan diiringi oleh Pengetua SMAM dan GPK HEM



Bantuan Kepada Anak-anak Yatim dan Pelajar-pelajar miskin SMAM

     Sempena bulan Ramadhan dan kehadiran Aildifitri tidak lama lagi, warga SMAM di bawah kelolaan Ustaz Farek telah mengadakan kutipan derma dari semua warga SMAM untuk memberi bantuan kepada semua anak-anak yatim dan miskin SMAM. Sebanyak lebih dari RM1300 telah berjaya dikutip sepanjang tempoh kutipan. Pada pagi 1 Julai 2016, satu majlis pengagihan wang tersebut telah dilakukan selepas selesai bacaan Yasin di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Sebahagian daripada kutipan itu juga akan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim dan miskin yang berada di Sekolah Agama Rakyat (SAR) milik ibu Jah di Kampung Paya Pasir.




   Semoga pertemuan kita dengan Ramadhan tahun ini akan memberikan banyak manfaat kepada kita dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Diharapkan madrasah Ramadhan pada tahun ini dapat membentuk warga SMAM yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga Rahmat ALLAH, Pengampunan ALLAH dan pembebasan dari neraka ALLAH dapat kita capai pada Ramadhan di tahun ini. InsyaALLAH.


Mesyuarat Agong PIBG kali ke 21 dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2015

            Pada Hari Sabtu 21 Mei 2016, telah diadakan mesyuarat PIBG kali ke 21 yang menyaksikan kehadiran paling ramai ibu bapa dalam sejarah SMAM. Ini menunjukkan komitment yang tinggi di kalangan ibubapa mengenai hal ehwal anak-anak pelajar di SMAM. Mesyuarat dimulakan pada pukul 9.00 pagi oleh Yang Dipertua PIBG SMAM iaitu Haji Shahaimi. Seterusnya pada pukul 11.30 pagi majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena hari Anugerah Kecemerlangan 2015. Hadiah-hadiah diberikan kepada pelajar cemerlang 2015 untuk peperiksaan awam PT3, SMA, SPM dan peperiksaan akhir tahun 2015. Anugerah pelajar cemerlang kokurikulum, kurikulum dan tokoh pelajar juga diberikan. Untuk guru-guru pula anugerah diberikan kepada guru-guru yang subjeknya meningkat dari segi GPS dari tahun 2014 ke 2015 dalam peperiksaan awam.

Tokoh Perasmi Dato' Sri haji Ismail B Haji Abd Muttalib diwakilkan oleh isteri beliau Dato' Datin Sri Hajjah Fatimah Bt Kassim


 Ahli Jawatankuasa PIBG sedang menjalankan Mesyuarat Agong


Bekas guru SMAM yang hadir untuk menerima Anugerah Kecemerlangan. Dari Kanan: Ustazah Kamariah (SMA Al-Khairiah Temerloh), Ustazah Mastura (SMA Pulau Tawar), Ustazah Azizah (Maahad SAS) dan Cikgu Mastura Ariffin (SABK Melaka)




 Penerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2015, Pelajar Cemerlang Kokurikulum 2015, Pelajar cemerlang Akademik 2015 dan Anugerah Tokoh Pelajar 2015 - Tengku Nusaibah Bt Tengku Mohd Asri

Sambutan Hari Guru SMAM

        Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2016, satu sambutan hari guru telah diadakan di SMAM yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMAM. Sambutan hari guru yang meriah ini bermula seawal 7.20 pagi dengan tema "koboi". Sambutan pada hari tersebut sangat meriah. Terimakasih dan tahnah kepada Badan Pengawas SMAM yang menjadi tonggak kepada sambutan tersebut.


Menjamu selera dengan kek sumbangan Kantin SMAM
 

Kek sumbangan bekas pelajar SMAM
 

Ustaz Rosmizam dan Ustaz Syarafi berehat selepas sukaneka
 
Sempena Tema Koboi. Dari kanan: Ustaz Fakhrulrazi (berdiri), Cikgu Abdullah (duduk), Ustaz Azrul (duduk) dan Ustaz Jumaidi (berdiri) bergaya sebagai Koboi Mexico.


Gaya Koboi Tuan Pengetua Ustaz Shamsuri B Shamsudin (kiri) dan GPK Pentadbiran Ustaz Shamsudin B Ali (kanan)
 

Pizza sumbangan bekas pelajar SMAM sempena hari guru - terimakasih kepada yang menyumbangkan Kek dan Pizza.