Thursday 19 March 2015

MASISUPA Zon 2 Fasa II


       Kejohanan MASISUPA Zon 2 Fasa II yang berlangsung di SMA Maran telah berakhir pada 8 Mac 2015. Kejohanan ini telah bermula pada hari Jumaat 6 Mac 2015 yang menyaksikan semua pertandingan Ilmiah dan 2 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar dan Catur. Pada jam 10.00 pagi hari Ahad 8 Mac 2015 kejohanan MASISUPA Zon 2 secara keseluruhannya telah dirasmikan penutupannya oleh ADUN Luit Cik Nur Hidayah Bt Hj Shahaimi.

       SMA Al-Ihsan telah diumumkan sebagai juara keseluruhan untuk kejohanan sukan dan kehohanan ilmiah zon 2. Tempat kedua keseluruhan dimenangi oleh SMA Maran, ketiga SMA Pulau Tawar, keempat Maahad SAS dan kelima SMA Al-Irsyad. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan MASISUPA Zon 2.


























Tuesday 3 March 2015

Keputusan SPM 2014

       Alhamdulillah, keputusan SPM 2014 telah selamat diumumkan pada hari ini bermula dari pukul 10.00 pagi 3 Mac 2014. Pelajar telah mula datang untuk mengambil slip keputusan mereka seawal pukul 10 di pejabat pentadbiran SMA Maran. Di ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Semoga keputusan SPM pada hari ini menjadi titik tolak kepada penghidupan anda yang berjaya di masa hadapan.