Saturday 30 September 2023

PEMILIHAN PESERTA KAWAD KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI PAHANG

     Seramai 7 orang pelajar SMA Maran telah menyertai pemilihan ini yang diadakan dari 25 September 2023 hingga 29 September 2023. 6 orang pelajar SMAM telah terpilih iaitu:

1. Izzat Izzudin

2. Hazeem

3. Syazwal asyraf

4. Ahmad Mustaqim

5. Ain Syuhailah

6. Engku Wahidah

   Tahniah diucapkan kepada yang terpilih, dan kepada yang tidak terpilih, masih ada peluang di tahun-tahun akan datang. InsyaALLAH


Friday 29 September 2023

UJIAN BERTUTUR DAN MENDENGAR PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023

    Berikut adalah surat arahan perlaksanaan ujian bertutur dan mendengar bagi Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2023 dan juga jadualnya.

     










SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023M/1445H SMA MARAN

   Sambutan dimulakan pada jam 8.40 pagi Jumaat 29 September 2023 selesai sahaja kelas tahfiz yang berlangsung dari jam 7.20 hingga 8.40 pagi di kelas masing-masing. Pada jam 8.40 pagi semua pelajar berkumpul di Dewan Tun Abd Razak, SMAM untuk menunaikan Solat Dhuha dan Solat Hajat secara berjemaah. Program solat diketuai oleh Ustaz Farek.

Selesai solat, pelajar dibenarkan rehat selama 30 minit dan seterusnya acara perarakan Maulid dilakukan dari depan ASPURA hingga ke Dewan Tun Abd Razak

Seterusnya acara dewan berlangsung iaitu Qasidah, ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fikri Bin Hamzah Imam Besar Masjid Tengku MahkotaAbdullah Daerah Jerantut, quiz Maulidur Rasul, persembahan Nasyid dan ditutup dengan penyampaian hadiah.

Pasukan Qasidah sedang menyampaikan persembahan mereka.

Ceramah Maulidur Rasul bersama Ustaz Mohd Fikri Bin Hamzah

Majlis ditutup pada jam 11.45 tengahari dan semua jemputan di bawa ke kantin untuk jamuan makan.



Wednesday 27 September 2023

SALAM MAULIDUR RASUL 2023M/1445H


      Maulidur Rasul (Jawi: ماوليدور رسول) atau Maulud Nabi Muhammad SAW (مولود نبي محمد ﷺ) ialah hari keputeraan Nabi Muhammadnabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

     Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam, ketika sebilangan tabi'in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah.Penguasa Islam pertama yang diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasmi ialah Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233M). Pihak Uthmaniyah mengisytiharnya sebagai sambutan rasmi pada 1588, dikenali sebagai Mevlid Kandil.

   Penyertaan dalam perayaan ini umumnya dipandang sebagai ekspresi rasa keimanan dan kebangkitan keagamaan bagi para penganutnya.[6] Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

                                                                                                                       (dipetik dari wikipedia)
 

Monday 25 September 2023

Program Seminar Kerjaya di IKTBN Temerloh

 Seramai 5 orang pelajar SMAM telah terpilih untuk menghadiri program ini yang dilaksanakan pada Selasa 26 September 2023. Semoga mereka beroleh ilmu yang berguna untuk diri sendiri dan boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar SMAM yang lain. InsyaALLAH.



Senarai nama pelajar yang terpilih untuk menghadiri seminar kerjaya di IKTBN Temerloh hari ini.

Pemilihan Peserta Kawad Kaki Kor Kadet Polis Daerah Maran


Pada hari Isnin 25 September 2023, beberapa orang pelajar SMAM telah terpilih untuk menyertai pemilihan peserta kawad kaki Kor Kadet Polis Daerah Maran untuk penyertaan ke pertandingan kawad Negeri Pahang di Balai Polis Maran. Semoga akan terpilih. InsyaALLAH.

 

Sunday 24 September 2023

PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 25 SEPTEMBER 2023

 

Perhimpunan bermula pada jam 7.20 pagi. Ianya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengawas bertugas iaitu Saudari Nazurah. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami, Lagu SMAN dan Asma Ul-Husna. Seterusnya doa dibacakan oleh Saudara Husaini.

Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Guru Bertugas Minggu Lepas iaitu, Cikgu Aqilah, kemudian acara Hiwar Bahasa Arab bersama pelajar terpilih dan Ustaz Abdullah Fahmi, penyampaian hadiah pertandingan keceriaan kelas oleh Cikgu Raja Mustaqim, ucapan oleh Guru Bertugas Minggu ini iaitu Cikgu Izzah, ucapan guru baru Cikgu Dazura dan diakhiri dengan ucapan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.

Acara hiwar Bahasa Arab oleh 4 orang pelajar terpilih yang diselaraskan oleh Ustaz Abdullah Fahmi

Pemenang pertandingan keceriaan kelas dengan Tema Kemerdekaan


Ucapan guru baru SMAM, Cikgu Dazura yang berpindah dari SMA Tengku Ampuan Afzan (SMATAF). Diucapkan selamat bertugas di SMAM.






PEPERIKSAAN PERCUBAAN SMA DAN JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SMA

 


Peperiksaan Percubaan SMA akan diadakan dari tarikh 23 hingga 30 Oktober. Adalah diharapkan agar calon-calon akan membuat persiapan yang baik untuk menghadapi peperiksaan ini. Di bawah adalah jadual peperiksaan tersebut.






Saturday 23 September 2023

KEPUTUSAN MIISMAM 2023

 


Alhamdulillah, Pahang telah berjaya memenangi 3 Johan dan 1 Naib Johan dalam MIISMAM 2023. Johan yang dirangkul ialah dalam acara Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki, Syarahan Bahasa Arab Perempuan, dan Kitabul Maqal Perempuan. Manakala untuk Nib Johan pula ialah acara Syarahan Bahasa Arab Lelaki. Tahniah kepada semua peserta samada yang menang atau tidak. Itu adalah adat pertandingan. Semoga akan lebih cemerlang lagi tahun-tahun berikutnya. InsyaALLAH.




SEMINAR SMA - ADAB NUSUS BERSAMA USTAZ AFIFI DARI SMA PADANG TENGKU

Seminar diadakan di Bilik Seminar KHB bersama Ustaz Afifi dari SMA Padang Tengku pada hari Sabtu 23 September 2023 bermua dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Program diselaraskan oleh Ustaz Abdullah Fahmi. Tahniah dan semoga segala isi kandungan seminar akan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar-pelajar SMA. InsyaALLAH.

 

PERTANDINGAN KHAT MIISMAM 2023 TELAH BERLANGSUNG

 

Kita doakan kejayaan wakil Pahang di pertandingan khat ini. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari Ahad 24 Sptember 2023.

Thursday 21 September 2023

Kita Doakan Keselamatan dan Kejayaan Kontigen Pahang ke MIISMAM 2023




     Bersama kita doakan keselamatan dan kejayaan kepada kontingen Pahang yang bergerak ke SMA MAIWP untuk menyertai MIISMAM 2023 pada hari ini 22 September 2023. Tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan semua yang terlibat dalam program ini.

SEMOGA BERJAYA WAKIL SMAM KE MIISMAM 2023

Dari kiri: Ustaz Muhajir (guru pengiring), Muhammad Zaqwan Bin Mohd Zahiruddin (3Al-Abrar)(peserta Khat) dan Pengetua SMAM, Cikgu Mohd Fairuz Bin Ab Kudus

Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya kepada wakil SMAM yang menyertai MIISMAM 2023 yang akan berlangsung di SMA MAIWP dalam acara khat. Semoga berjaya dengan cemerlang, InsyaALLAH.

 

Tuesday 19 September 2023

PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 18 SEPTEMBER 2023

     Perhimpunan bermula pada jam 7.24 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM yang dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami, Lagu SMAN dan Asma Ul Husna. Seterusnya bacaan  doa dibaca oleh pengawas bertugas. Seterusnya ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu lepas dan disambung oleh ucapan guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu Aqilah Husna Bt Abdul Razak yang becakap mengenai "adab menuntut ilmu". Untuk makluman guru yang bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Aqilah Husna dan Ustaz Abdullah Fahmi.Akhir sekali ucapan diberikan oleh GPK HEM iaitu Ustazah Norjazlina Bt Abd Karim. Perhimpunan bersurai pada jam 8.20 pagi.



Monday 18 September 2023

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TERBARU








 

Kem Kepimpinan Pelajar 2023

    Kem ini diadakan di Kem Chemerkau Ulu Dong, Raub selama 3 hari 2 malam iaitu dari hari Jumaat 15 September 2023 hingga Ahad 17 September 2023. Pelajar yang terlibat ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, exco asrama dan ketua dan penolong kelas.






Pelajar dibawa ke kem menggunakan 2 buah bas dan 2 buah van. Pelabagai aktiviti telah diadakan di sepanjang kem ini. Fasilitator yang terlibat adalah dari team yang diketuai oleh Ustaz Jasripuddin dari SMA Al-Ihsan. Ribuan terimakasih diucapkan kepada team fasilitator yang terlibat.




Aktiviti memancing dilakukan oleh guru-guru pengiring di waktu terluang kem.


Ustaz Jasripuddin selaku ketua fasilitator

Pelbagai slot bina diri yang dilaksanakan sepanjang kem




aktiviti BBQ guru-guru dan staff-staff pengiring

Majlis penutupan kem telah diadakan pada hari Ahad 17 September 2023 bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya Ustazah Aisyah Amirah yang merupakan penyelaras program ini.Semoga kem ini akan dapat menghasilkan pemipmin pelajar yang hebat. InsyaALLAH.










Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan


Majlis penutupan diadakan pada hari Khamis 14 September 2023 di tapak perhimpunan dan juga di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis bermula seawal jam 8.40 pagi dengan dimulakan dengan sesi solat hajat dan solat Dhuha di Dewan tun Abd Razak.


Selepas pelajar-pelajar siap berkumpul di tapak perhimpunan, acara nyanyian lagu patriotik dan pengibaran bendera kebangsaan telah dilakukan yang disertai oleh semua pelajar SMAM dan guru-guru.






    Selesai nyanyian, pelajar dan guru bergerak masuk ke dalam Dewan Tun Abd Razak untuk agenda majlis seterusnya. Acara dewan melibatkan deklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan pelajar, penyampaian hadiah dan ucapan dari pengetua SMA Maran.


Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini terutamanya kepada guru penyelaras program iaitu Cikgu Akif.