Sunday 10 January 2016

Majlis Penyerahan Watikah Exco Asrama

 Satu Majlis penyerahan watikah perlantikan kepada exco-exco asrama ASPURA dan ASPURI  telah diadakan di dewan Tun Abd Razak pada 8 Januari bermula dari 8.30 malam hingga 11.00 malam. Majlis dihadiri oleh semua warga asrama, warden-warden, GPK HEM dan Pengetua SMAM. Majlis penyampaian watikah disempurnakan sendiri oleh Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri B Shamsuddin. Adalah diharapkan agar exco-exco sesi 2016 akan menjalankan tugas dengan cemerlang untuk membentuk warga asrama SMAM yang cemerlang. InsyaALLAH.





Mesyuarat Agung Kokurikulum (persatuan, kelab dan rumah sukan)

  Pada hari Jumaat 8 Januari 2016, telah diadakan mesyuarat agung untuk semua kelab, persatuan dan rumah sukan yang bernaung di bawah kokurikulum. Mesyuarat dimulakan pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengahari. Mesyuarat dikendalikan oleh guru-guru penasihat yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Agung Rumah Sukan Ibnu Taimiyyah (Hijau)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan Ibnu Khaldun (kuning)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan Ibnu Battuta di bawah kendalian Ustaz Aiddil

Mesyuarat Agung Rumah Sukan Ibnu Sina




Pengenalan Kepada Kelab Taekwando

  Satu majlis pengenalan kepada seni bela diri Taekwando telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM untuk memperkenalkan warga pelajar SMAM kepada seni ini. Perjumpaan telah diadakan diantara seorang jurulatih luar dengan semua pelajar-pelajar SMAM pada hari Khamis 7 Januari 2016 bermula dari pukul 1.50 tengahari hingga 2.40 petang. Pelajar-pelajar yang berminat telah mengambil borang penyertaan pada hari tersebut.









Wednesday 6 January 2016

Imbasan Retro: Pendaftaran Pelajar Asrama Tingkatan 1 2016


 Pendaftaran masuk ke asrama untuk pelajar-pelajar tingktan 1 telah diadakan pada 3 Januari di perkarangan Asrama Putera. Pelajar-pelajar bertuah yang diterima masuk ke asrama telah didaftarkan oleh barisan warden-warden di bawah seliaan tuan pengetua sendiri.



Kelas Tahfiz SMAM 2016

   Alhamdulillah, tahun 2016 menyaksikan perlaksanaan semula kelas tahfiz di SMAM. Untuk sesi 2016, kelas 1 A telah dipilih untuk dijadikan kelas Tahfiz. Kelas ini berjalan pada hari Selasa hingga Khamis bermula pada pukul 7 pagi hingga 8 pagi di bawah kelolaan Ustaz Jumaidi (pelajar lelaki) dan Ustazah Salmiah (pelajar perempuan). Seramai 38 orang pelajar terlibat yang terdiri dari 23 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.




Imbasan Retro: Pendaftaran Tingkatan 2 hingga 5

  Pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 5 SMAM telah diadakan pada 2 Januari 2016 bertempat di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pada hari yang sama juga pelajar-pelajar yang diterima masuk ke asrama juga telah diminta untuk terus melaporkan diri ke asrama SMAM.













Imbasan Retro: Pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2016

   Pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu yang berjaya diterima masuk ke SMAM telah diadakan pada 23 Disember 2016 bertempat di dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pada hari sebelumnya, guru-guru yang terlibat dalam pendaftaran ini telah diberikan latihan simulasi pendaftaran kerana untuk kali pertamanya pendaftaran dilakukan secara atas talian. Seramai 64 orang pelajar berjaya di daftarkan pada hari tersebut.








Simulasi Sistem Pendaftaran SPSMA di Makmal Komputer SMAM

Imbasan Retro: Mesyuarat Guru Kali Pertama sesi 2016


      Mesyuarat guru kali pertama sesi 2016 telah diadakan pada 30 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari pukul 8.30 pagi dan perakhir pada pukul 2.35 petang. Mesyuarat membincangkan antaranya ialah:

1. Post Mortem PT3 2015
2. Post Mortem SMA 2015
3. Delegasi tugas 2016
4. Program-program yang dicadangkan untuk 2016