Wednesday 28 January 2015

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2015

  Pada hari rabu 28 Februari 2015, telah dijalankan satu majlis perlantikan pengawas sekolah untuk sesi 2015 yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan ASP Abd Razak Bin Abd Majid pemangku ketua polis daerah Maran.



Diharapkan majlis yang diadakan ini akan meningkatkan motivasi pengawas-pengawas untuk terus berkhidmat dengan penuh bersemangat dan dedikasi dalam memastikan SMAM menjadi sebuah organisasi yang berdisiplin dan selesa.


Tuesday 20 January 2015

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASPURI 2015


      Satu program orientasi pelajar-pelajar aspuri tingkatan 1 telah dijalankan pada 16 dan 17 Januari 2015. Program ini bertujuan untuk:

1. Menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat diantara pelajar dengan pelajar dan di antara pelajar dengan guru.

2. Mewujudkan kerjasama di antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru

3. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan mengaplikasikannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranan di asrama dan sekolah.

4. Membolehkan pelajar mengenalpasti potensi diri sendiri

5. Membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran asrama dan sekolah.

    Program ini telah dikawal selia oleh warden-warden dan exco-exco asrama. Diharapkan program ini akan berjaya menjana pelajar-pelajar tingkatan 1 menjadi lebih bersedia dengan kehidupan di SMA Maran.



Tuesday 13 January 2015

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 telah berjaya dimulakan pada hari Isnin 12 Januari 2015. Hari pertama persekolahan di SMAM menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baru tingkatan 1. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang berakhir pada pukul 8.05 pagi. Pelajar-pelajar tingkatan 1 terus tinggal di dewan Tun Abdul Razak untuk sesi orientasi manakala pelajar-pelajar lain bergerak ke kelas masing-masing. Kedapatan ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak pada hari tersebut kerana tidak dapat mendaftar pada hari yang ditetapkan di dalam cuti disebabkan oleh masalah banjir yang melanda negeri Pahang amnya dan Maran sendiri khususnya.

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA SMAM 2015

 Pada hari Ahad 11 Januari 2015, pendaftaran pelajar-pelajar asrama telah dijalankan di bawah kelolaan warden-warden asrama yang bermula dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Hampir 95% pelajar yang ditawarkan tempat di asrama telah berjaya di daftarkan.