Monday 28 December 2015

Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2015

   Alhamdulillah, keputusan SMA 2015 telah selamat diumumkan pada pukul 10.30 pagi tadi di pejabat SMA Maran. Pelajar-pelajar telah mulai datang seawal pukul 10.00 pagi untuk mengambil keputusan yang diserahkan oleh Ustazah Azizah Bt Inal Abidin. Analisis menunjukkan seramai 5 orang pelajar telah berjaya mendapat Mumtaz Sufi manakala 11 orang pelajar telah mendapat Rasib. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMAM atas keputusan SMA ini.















PENGUMUMAN KEPUTUSAN SMA 2015

  Calon-calon SMA tahun 2015 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SMA mereka bermula pada pukul 10.30 pagi di pejabat SMAM pada hari Selasa bersamaan 29 Disember 2015. Pelajar-pelajar adalah disyaratkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas semasa mengambil keputusan mereka. Harap Maklum.







Tuesday 14 July 2015

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN


  SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA
SMA MARAN. SEMOGA SELAMAT DISEPANJANG CUTI AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KESILAPAN.




Majlis Bersalaman Sempena Aidilfitri dan Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM100 sumbangan MUIP

                  Pada 14 Julai 2015, SMA Maran telah mengadakan satu majlis khas untuk memberikan ruang kepada pelajar-pelajar mendengar amanat terakhir dari pengetua SMAM iaitu Ustaz Mohammad B Ab Rahman yang akan bertukar ke Unit Naziran JAIP berkuatkuasa pada 16 Julai 2015. Selesai mendengar amanat tersebut majlis bersalam-salaman dan bermaaf-mafan antara warga SMAM telah diadakan sempena pertukaran ini dan juga sempena Aildifitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Suasana majlis adalah ceria tetapi diselubungi kesedihan atas pertukaran tuan pengetua yang telah hampir 5 tahun mentadbir SMAM. Seterusnya pada jam 12 tengahari, satu majlis penyampaian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 sumbangan Majlis Ugama Islam Pahang telah diadakan. Sumbangan diberikan kepada semua pelajar dan diagihkan di dalam kelas masing-masing. Pada jam 1.00 tengahari, pelajar-pelajar telah dibenarkan untuk pulang berhari raya. Suasana disekitar SMAM sangat ceria dengan kehadiran ibubapa yang telah menunggu untuk membawa anak-anak pulang ke kampung. Selamat menyambut AIDILFITRI. MAAF ZAIHIR DAN BATIN.










Friday 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA DI SMAM

   Pada 10 Julai 2015, telah diadakan majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa di SMAM. Majlis bermula pada pukul 6.15 petang dengan dimulakan oleh ucapan aluan oleh pengetua SMA Maran iaitu Ustaz Mohammad B Ab Rahman. Majlis Khatam Al-Quran ini ialah majlis penutupan program tadarrus yang disertai oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SMAM yang bermula pada 1 Ramadhan 1436 Hijrah. Selepas tamat majlis khatam, semua hadiran berbuka puasa bersama-sama di dewan makan dan kantin sekolah. Majlis diakhiri dengan solat terawih bersama-sama yang diadakan di dewan sekolah iaitu Dewan Tun Abd Razak SMAM.









Friday 3 July 2015

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN DI AL-IHSAN

        Alhamdulillah, seramai 30 orang pelajar SMAM telah berada di SMA Al-Ihsan untuk mengikuti program Tahsin Al-Quran yang menggabungkan 4 buah sekolah agama negeri pahang yang bernaung di bawah Zon 2. Program ini bermula pada petang hari Jumaat 3 Julai 2015 dan dijangka berakhir pada tengahari 5 Julai 2015. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Adalah diharapkan pelajar-pelajar ini akan berjaya mendapatkan seberapa banyak ilmu untuk persediaan peperiksaan khasnya dan kefahaman Al-Quran amnya.





PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA AIDILFITRI 1436 HIJRAH BERSAMAAN 2015



HARI PELAPORAN UPT 2 2015

   Pada hari Jumaat 3 Julai 2015, telah diadakan satu program yang dinamakan sebagai Hari Pelaporan UPT2 untuk menyerahkan keputusan peperiksaan UPT2 kepada ibubapa pelajar. Ramai ibubapa telah datang ke SMAM seawal jam 10.00 pagi untuk bertemu dengan guru kelas anak masing-masing. Program ini melibatkan tingkatan 1,2,3 dan 5. Suasana di SMAM agak meriah dengan kehadiran ibubapa untuk mendapatkan keputusan anak-anak. Ibubapa juga diberi peluang untuk berbincang dengan guru kelas anak-anak mereka dan juga guru matapelajara. Program berakhir pada pukul 12.00 tengahari.







Thursday 25 June 2015

Jamuan Berbuka Puasa dan Majlis Persaraan Pak Syeikh


     Pada hari Khamis 25 Jun 2015, telah diadakan majlis berbuka puasa untuk semua guru dan staff SMAM di Maran Hill Golf Resort. Majlis ini juga diadakan untuk meraikan persaraan seorang staff pentadbiran SMAM iaitu Pak Syeikh yang akan bersara minggu hadapan. Majlis bermula pada pukul 6.45 petang dengan di pengerusikan oleh Ustaz Azrul dan dimulakan dengan ucapan Tuan pengetua Ustaz Mohammad B AB Rahman. Seterusnya majlis diberkati dengan bacaan doa oleh Ustaz Fakhrurrazi. Tepat jam 7.23 petang hadirin berbuka puasa bersama-sama. Warga SMAM mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Pak syeikh,














Pak Syeikh yang diraikan persaraannya



Tuesday 23 June 2015

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH HAMIDAH DAN CIKGU NORLIYANA

                 Satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Rabu 24 Jun 2015 bersamaan 7 Ramadhan 1436 H untuk meraikan pertukaran guru SMAM iaitu Ustazah Hamidah Bt Ahmad yang merupakan GPK Kokurikulum dan Cikgu Norliyana  Bt Mohammad yang merupakan guru Bahasa Inggeris berpengalaman di SMAM. Kedua-duanya akan berpindah ke Kuliyyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Majlis dimulakan pada pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Majlis di ceriakan dengan ucapan wakil pelajar iaitu saudara Al-Hikmal selaku ketua pelajar, ucapan Ustazah Hamidah, ucapan Cikgu Norliyana dan diakhiri dengan ucapan khas Tuan Pengetua. Seterusnya penyampaian hadiah kepada kedua-dua guru yang akan berpindah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohammad b Abd Rahman.

                 Majlis ditamatkan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua pelajar perempuan dengan 2 orang guru yang diraikan tersebut. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya dan tahniah kepada Ustazah Hamidah B Ahmad dan Cikgu Norliyana Bt Mohammad di atas pertukaran mereka ini.


UCAPAN CIKGU NORLIYANA BT MOHAMMAD

UCAPAN USTAZAH HAMIDAH BT AHMAD
           
UCAPAN PENGETUA SMAM USTAZ MOHAMMAD B AB RAHMAN