Wednesday 27 March 2024

SELAMAT BERCUTI SEMPENA NUZUL AL-QURAN KEPADA WARGA SMAM DAN SEMUA UMMAT ISLAM

    SMA Maran akan bercuti dari Khamis 28 Mac 2024 hingga Ahad 31 Mac 2024 sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1445 H. Selamat berpuasa di rumah kepada semua warga SMAM.


PENYERAHAN PAHANG PRIDE DAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM

 Majlis bermula dari jam 1.30 hingga 2.00 petang di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 27 Mac 2024.

















FORUM PERDANA SEMPENA NUZUL AL-QURAN 1445H

    Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 27 Mac 2024 bermula dari jam 12.00 tengahari.














Monday 25 March 2024

MAKLUMAN RASMI CUTI BERGANTI PADA 29 MAC 2024

 


SMA Maran akan mengambil cuti berganti sempena Nuzul Al-Quran pada 29 Mac 2024 (Jumaat)
dan akan diganti pada 20 April 2024 (Sabtu). Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil anak untuk pulang ke kampung selepas waktu persekolahan pada hari Rabu 27 Mac 2024. Harap maklum.

Surat rasmi pemakluman dari pengetua SMA Maran juga boleh dilihat dan muat turun di link ini:

Sunday 24 March 2024

PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 25 MAC 2024

 

    Perhimpunan bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 8.20 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pada hari ini dalam ucapan pengetua, beliau mengingatkan pelajar tentang masalah buli di asrama seperti mana yang berlaku di Lahad Datu dan juga masalah vape "magic mushroom" yang boleh menyebabkan kematian. Beliau mengingatkan semua pelajar supaya mengelakkan diri dari terlibat dalam masalah buli dan vape ini.
   Guru bertugas bagi minggu ini 25 - 27 Mac 2024 ialah Ustaz Farek dan Ustazah Iffah Nurliyana.




MC@ Pengawas bertugas

Guru bertugas - Ustazah Iffah Nurliyana

Ucapan Pengetua SMAM - Cikgu Fairuz










Saturday 23 March 2024

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA PENJAGA

 Assalammualaikum

Makluman kepada ibubapa

Pelajar SMAM yang pulang pada hari Jumaat (22/3/2024) ada dibekalkan beberapa borang/surat untuk perhatian ibubapa/penjaga.

🌟Borang/Surat yang diserahkan kepada pelajar adalah seperti berikut:


1. Tingkatan 1-4 :Borang HPV (Perempuan sahaja)

2. Tingkatan 4 : Borang Talasemia (Lelaki & Perempuan)

3. ⁠ Tingkatan 3 : Borang Vaksin ATT (Tetanus Tixoid) (Lelaki & Perempuan)

4. ⁠Pelajar Asrama: Surat Jemputan Iftar Jamaie (Borang Maklum Balas)

🌟Semua borang perlu diisi dan ditandatangani untuk memudahkan proses kebajikan pelajar. 

🌟Borang perlu diserahkan pada hari Isnin (25/3/2024)


Terima kasih atas kerjasama.

MAKLUMAN DARI PIHAK HEM SMA MARAN


Friday 22 March 2024

TABUNG INFAQ RAMADHAN

 


السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Pihak sekolah membuka peluang dan mengalu-alukan sebarang sumbangan/infaq/sedekah daripada individu perseorangan, orang ramai atau syarikat badan korporat untuk menjayakan bersama program ini.

Dimaklumkan bahawa Tabung Infaq Ramadan 2024 ini masih berjalan dan akan ditutup pada 31 MAC 2024 (AHAD).

Kesemua kutipan infaq/sedekah ini akan diagihkan kepada pelajar anak yatim dan pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

جزاكم اللّه خير الجزاء🙏


#JomKongsiRezeki
#MohKitaBersedeQah
#RamadanKareem1445H


Thursday 21 March 2024

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

     Program bermula dari 1 Ramadhan dan akan berakhir dengan khatam Al-Quran yang akan diadakan pada minggu terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan. Dalam program ini, pelajar-pelajar sekolah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diketuai oleh seorang guru.



Wednesday 20 March 2024

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2024

    Dilaksanakan dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di 4 lokasi iaitu kantin (Batuta), dewan (Ibnu Sina), surau ASPURA (Khaldun) dan surau ASPURI (Taimiyyah). Agenda yang dilaksanakan ialah pemilihan AJK rumah sukan dan pemilihan peserta untuk acara Ilmiah dan Sukan yang akan dilangsungkan pada peringkat sekolah selepas Hari Raya Aidilfitri.








MAKLUMAN: Kebenaran memakai T-shirt Ko-ku/baju rumah sukan/kadet mulai esok (21.3.2024- Khamis) sehingga keadaan kembali pulih @ arahan terkini dari masa ke semasa.



 Assalamualaikum wbt,


Dimaklumkan keadaan panas pada masa sekarang, maka semua murid dan guru DIBENARKAN memakai T-shirt Ko-ku/baju rumah sukan/kadet mulai esok (21.3.2024- Khamis) sehingga keadaan kembali pulih @ arahan terkini dari masa ke semasa. 


Sekian, harap maklum.

Makluman dari HEM SMA Maran

Tuesday 19 March 2024

MAKLUMAN: CUTI BERGANTI PADA JUMAAT 29 MAC 2024 BAGI SEMUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI SEMPENA NUZUL AL-QURAN

    Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah bersetuju untuk memberikan cuti berganti kepada semua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) pada hari Jumaat 29 Mac 2024. Ianya akan digantikan pada hari Sabtu (20 April 2024). Harap Maklum.

   Surat rasmi pemakluman boleh dilihat dan dimuat turun di link di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1A_e9OxdRjn_nUg1HHwLZeoxBLcgbiWuP/view?usp=sharing

Monday 18 March 2024

JADUAL TERBARU P&P SMAM (19 MAC 2024)

    Jadual terbaru SMA Maran bermula pada Selasa 19 Mac boleh di lihat dan muat turun dalam bentuk PDF di pautan di bawah:

JADUAL TERBARU 19 MAC 2024

Harap maklum

Sunday 17 March 2024

SELAMAT DATANG GURU-GURU PRAKTIKAL KE SMA MARAN

   Warga SMAM mengucapkan selamat datang dan selamat berpraktikal kepada 3 orang guru praktikal, seorang dari UKM manakala 2 lagi dari UPSI. Kesemuanya mengambil jurusan Bahasa Arab. Selamat bertugas di SMAM.

Ustaz Ifwat Bin Muhammad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ustaz Muhammad Afiq Bin Anuar - Dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Ustaz Abdul Hakam Bin Hassan dari UPSI







PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 18 MAC 2024

 Bermula pada jam 7.20 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dijalankan dalam Bahasa Inggeris sempena minggu Bahasa Inggeris. Guru yang bertugas bagi minggu kedua ini bermula dari 18 Mac hingga 22 Mac 2024 ialah Ustaz Redho dan Cikgu Dazura. 



Saturday 16 March 2024

ORIENTASI ASRAMA UNTUK PELAJAR TINGKTAN 1 (15 - 22 MAC 2024)

 Program bermula dari hari Jumaat 15 Mac 2024 dan akan berterusan secara berkala sehingga 22 mac 2024. semoga program ini akan mempersediakan pelajar-pelajar tingkatan 1 dari segi mental, fizikal,emosi dan rohani untuk kehidupan berdikari di asrama. InsyaALLAH.

Sesi yang dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak, SMA Maran