Thursday 27 November 2014

TAHNIAH!!!! SPM SUDAH BERAKHIR!!!

    Alhamdulillah, dengan berakhirnya kertas Ekonomi yang diambil oleh pelajar-pelajar 5M maka berakhirlah sudah SPM 2014 untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 SMAM 2014. Tahniah kerana berjaya menduduki semua matapelajaran yang diambil. Apa yang tinggal adalah berdoa kepada ALLAH swt semoga diberi kejayaan yang setimpal dengan usaha yang telah dibuat. Segalanya akan terjawab pada bulan Mac 2015 apabila keputusan SPM akan diumumkan. Semoga ALLAh swt memberkati.


Gambar atas: Cikgu Dalilah bersama pelajar-pelajar 5M yang mengambil peperiksaan ekonomi pada 27 November 2014.


Tuesday 25 November 2014

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SAINS TULEN TINGKATAN 5 SMAM 2014

Admin ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar jurusan Sains Tulen SMAM sesi 2013/2014 kerana telah berjaya menjawab subjek terakhir Sains Tulen iaitu Biologi yang diadakan pada 25 November 2012. Peperiksaan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan kertas 1 dan diakhiri pada pukul 3.40 dengan kertas 3. Tahniah sekali lagi.




Saturday 22 November 2014

CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN 2014: SELAMAT BERCUTI



Selamat bercuti semua warga SMAM. Kepada pelajar-pelajar yang masih belum habis peperiksaan SPM, berikan tumpuan sepenuhnya kepada ulangkaji anda. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. manfaatkan masa yang masih berbaki dengan sebaik-baiknya. Semoga kejayaan berjaya dirangkul. InsyaALLAH.


Thursday 20 November 2014

AKTIVITI HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2014

   Hari terakhir persekolahan di SMAM bermula dengan perhimpunan pagi di mana pelajar-pelajar mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh guru bertugas, guru disiplin, GPK HEM, GPK Koko dan Pengetua SMA Maran. Pelajar-pelajar diingatkan tentang tanggungjawab mereka dalam masa cuti sekolah dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk tahun-tahun seterusnya.





     Cikgu Norhan dalam ucapan beliau selaku guru disiplin SMAM 2014 memaklumkan bahawa beliau akan menamatkan tugas beliau di SMAM kerana telah mendapat tawaran kerja tetap di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA (JKM). Cikgu Norhan telahpun bertugas di SMAM selama lapan tahun sebagai guru ASPA yang mengajar Matematik Tambahan, KHB dan Matematik. Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih atas jasa yang telah ditaburkan oleh Cikgu Norhan, Semoga beliau berjaya dalam segala bidang yang akan beliau ceburi.





     Seterusnya, dijalankan pula program "Hari Pelaporan" di mana diadakan sesi pertemuan di antara guru-guru dan ibu bapa pelajar untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pelajar. Dalam sesi ini ibu bapa pelajar berbincang dengan guru-guru tentang prestasi anak-anak mereka dalam matapelajaran agama dan akademik.





    Diharapkan pelajar-pelajar dapat menjaga keselamatan diri mereka di waktu cuti persekolahan dan dapat menggunakan masa yang terluang untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua.





AKTIVITI MALAM TERAKHIR DI SMAM

Malam terakhir sesi persekolahan di SMAM menyaksikan SMAM meriah dengan aktiviti penutup. Antara aktiviti yang dilakukan di ASRAMA ialah aktiviti membersih dan mengemas asrama untuk memastikan asrama berada dalam keadaan kemas dan bersih. Aktiviti disertai oleh semua pelajar asrama dan dikawal selia oleh warden Ustaz Fakhrurrazi dan Ustaz Syarafi. Tahniah diucapkan kepada mereka


Pelbagai jamuan akhir tahun juga diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar dan guru-guru antaranya jamuan untuk pelajar yang berjaya mendapat gred A dalam subjek Al-Quran, jamuan untuk pelajar-pelajar tahfiz (di bawah kelolaan Ustaz Jumaidi) dan jamuan persatuan silat. Juga diadakan majlis Istiadat Ikrar ahli-ahli persatuan silat (di bawah kelolaan Ustaz Syarafi dan Ustazah Aisyah).








Wednesday 19 November 2014

MENJELANG CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN 2014

      Cuti akhir tahun persekolahan sesi 2014 yang bakal bermula pada 22 November 2014 menyaksikan guru-guru SMA Maran bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan terakhir mereka. Mulai esok, 21 November 2014, pelajar-pelajar asrama akan meninggalkan asrama untuk pulang bercuti ke kampung masing-masing. Pada hari esok juga akan diadakan hari pelaporan dimana guru-guru kelas akan menyerahkan keputusan peperiksaan dalaman dan juga laporan PBS kepada ibu bapa pelajar. Program dijangkakan bermula pada pukul 9.00 pagi.




PEPERIKSAAN SPM 2014

Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon SPM SMA Maran 2014 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM yang bermula pada 3 November 2014 dan akan berakhir 27 November 2014. Semoga ALLAH merahmati mereka.

SELAMAT DATANG KE SMA MARAN

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di SMA Maran. Diharapkan kunjungan anda akan memberi manfaat.