Sunday 13 March 2016

MASISUPA PUSAT DI SMA AL-WOSTO TEMERLOH

  Alhamdulillah atas kejayaan wakil Zon 2 dari SMAM yang telah melibatkan diri dalam pertandingan MASISUPA kali ke 32 di SMA Al-Wosto. MASISUPA kali ini berlangsung pada 11 -14 Mac 2016. Pelbagai kejayaan telah dirangkul oleh wakil SMAM antaranya ialah:

1. Johan Syarahan Bahasa Melayu
2. Naib Johan Forum
3. Johan Perseorangan Ping Pong Perempuan
4. Tempat Ketiga Ping Pong Perempuan Beregu
5. Naib Johan Memanah Individu Perempuan

   MASISUPA kali ini akan ditutuprasmikan pada hari Isnin 14 Mac 2016. Selamat bersukan diucapkan dan tahniah kepada yang terlibat samada menang atau sebaliknya.


Saturday 5 March 2016

Seminar Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

  Satu seminar Transformasi P dan P Bahasa Arab telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Sabtu 5 Mac 2016 yang menyaksikan penglibatan 330 kakitangan dari kalangan guru-guru sekolah agama negeri pahang dan kakitangan JAIP. Seminar bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang.


Sorotan Februari 2016

  Bulan Februari 2016 menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan di SMAM. Antaranya adalah MASISUPA sekolah dan MASISUPA ZON 2. Pelajar SMAM juga telah menyertai pertandingan roket air yang diadakan di KIPSAS dibawah naungan Kelab Falak kelolaan Ustaz Fakhrurrazi.










Wednesday 2 March 2016

KEPUTUSAN SPM 2015

Keputusan SPM 2015 bagi calon-calon SMAM akan diumumkan pada hari esok Khamis bersamaan 3 Mac 2016 di Dewan Tun Abd Razak SMAM bermula pada pukul 10.00 pagi. Semua pelajar SPM 2015 adalah dijemput untuk hadir ke Dewan Tun Abd Razak.

Satu majlis ringkas akan diadakan sempena pengumuman ini. Tentatif program adalah seperti berikut:

9.30 pagi: ketibaan ibubapa dan pelajar
10.00 pagi: ucapan aluan pengerusi majlis.
                   ucapan pengetua yang akan juga membacakan analisa keputusan
                   penyerahan keputusan