Thursday 25 June 2015

Jamuan Berbuka Puasa dan Majlis Persaraan Pak Syeikh


     Pada hari Khamis 25 Jun 2015, telah diadakan majlis berbuka puasa untuk semua guru dan staff SMAM di Maran Hill Golf Resort. Majlis ini juga diadakan untuk meraikan persaraan seorang staff pentadbiran SMAM iaitu Pak Syeikh yang akan bersara minggu hadapan. Majlis bermula pada pukul 6.45 petang dengan di pengerusikan oleh Ustaz Azrul dan dimulakan dengan ucapan Tuan pengetua Ustaz Mohammad B AB Rahman. Seterusnya majlis diberkati dengan bacaan doa oleh Ustaz Fakhrurrazi. Tepat jam 7.23 petang hadirin berbuka puasa bersama-sama. Warga SMAM mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Pak syeikh,














Pak Syeikh yang diraikan persaraannya



Tuesday 23 June 2015

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH HAMIDAH DAN CIKGU NORLIYANA

                 Satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Rabu 24 Jun 2015 bersamaan 7 Ramadhan 1436 H untuk meraikan pertukaran guru SMAM iaitu Ustazah Hamidah Bt Ahmad yang merupakan GPK Kokurikulum dan Cikgu Norliyana  Bt Mohammad yang merupakan guru Bahasa Inggeris berpengalaman di SMAM. Kedua-duanya akan berpindah ke Kuliyyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Majlis dimulakan pada pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Majlis di ceriakan dengan ucapan wakil pelajar iaitu saudara Al-Hikmal selaku ketua pelajar, ucapan Ustazah Hamidah, ucapan Cikgu Norliyana dan diakhiri dengan ucapan khas Tuan Pengetua. Seterusnya penyampaian hadiah kepada kedua-dua guru yang akan berpindah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Mohammad b Abd Rahman.

                 Majlis ditamatkan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua pelajar perempuan dengan 2 orang guru yang diraikan tersebut. Warga SMAM mengucapkan selamat berjaya dan tahniah kepada Ustazah Hamidah B Ahmad dan Cikgu Norliyana Bt Mohammad di atas pertukaran mereka ini.


UCAPAN CIKGU NORLIYANA BT MOHAMMAD

UCAPAN USTAZAH HAMIDAH BT AHMAD
           
UCAPAN PENGETUA SMAM USTAZ MOHAMMAD B AB RAHMAN







AKTIVITI BULAN RAMADHAN 1436 H BERSAMAAN 2015 MASIHI

       Dalam bulan Ramadhan kali ini, seperti kebiasaannya pada tahun-tahun dahulu, diadakan program Solat Terawih secara berjemaah yang mengumpulkan semua pelajar lelaki dan perempuan bersama-sama di Dewan Tun Abd Razak. Pada waktu tengahari pula bermula pada pukul 1.50 tengahari, semua warga SMAM berkumpul di Dewan Tun Abd Razak untuk berjemaah solat zuhur dan kemudiannya disambung pula dengan Tadarrus Al-Quran. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil seramai 7 atau 8 orang dengan diketuai oleh seorang guru pembimbing. Setiap kumpulan diberikan satu Juzuk untuk ditadarruskan. 
     Pada hari Selasa, jam 5.15 ptg - 6.30 ptg, 23 Jun 2015 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1436 pula, diadakan satu gotong royong ringkas untuk menanam pokok sawit disekeliling kawasan sekolah yang sudah diteres dan dibersihkan. Pelajar-pelajar lelaki ASPURA telah diminta untuk membawa sebatang anak pokok sawit setiap seorang untuk ditanam di lubang-lubang yang telah disediakan di sekeliling kawasan sekolah. Ini sebenarnya adalah sebahagian daripada projek PIBG SMAM untuk menjana pendapatan tabung PIBG. Semoga projek ini nanti akan membuahkan hasil diharapkan untuk tabung kewangan PIBG.




    Sebanyak 70 batang pokok sawit telah berjaya ditanam pada hari gotong royong ringkas ini. Terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dari kalangan pelajar-pelajar dan juga guru-guru. Tahniah diucapkan.

Saturday 20 June 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1436 HIJAH


Admin ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SMAM khususnya dan kepada semua ummat Islam di mana jua berada amnya. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kita berkah dan keampunan yang tidak terkira banyaknya. InsyaALLAH


Di sini disertakan bersama jadual berbuka puasa dan Imsak untuk kawasan Maran.


Cuti Hari Raya aidilfitri untuk tahun 1436 Hijrah bersamaaan 2015 Masehi dijangkan pada 16 - 21 Julai 2015.





Friday 19 June 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 dan Majlis Hari Kecemerlangan 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMAM kali ke 20 dan Majlis Hari Kecemerlangan 2014 telah diadakan pada tarikh 23 Mei 2015 di Dewan Tun Abd Razak SMAM.  Mesyuarat PIBG telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi apabila cukup korum mesyuarat. Pelbagai perkara telah dibentangkan mengikut prosedur mesyuarat dan pelbagai cadangan dan pendapat telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Perlantikan AJK PIBG yg baru untuk sesi 2015-2017 telah diadakan. Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira pukul 10.30 pagi untuk memberi ruang kepada Majlis Hari Kecemerlangan 2014 yang bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Majlis diakhiri dengan jamuan makan untuk semua yang hadir. Dalam majlis ini, penyampaian hadiah dan anugerah telah diadakan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan AJK PIBG untuk sesi yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua.