Friday 29 December 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2017


    Alhamdulillah, keputusan rasmi PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2017 telah selamat diumumkan pada hari Jumaat 29 Disember 2017. Alhamdulillah juga kerana tuan Pengarah JAIP telah sudi memilih SMA Maran sebagai tempat untuk membuat pengumuman. warga SMA Maran amat berbesar hati penerima kunjungan YH Dato' Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang diiringi oleh pegawai-pegawai JAIP termasuk KPP Pendidikan Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad dan juga semua pengetua-pengetua SMAN. 
   Dalam ucapannya, Dato' Pengarah telah menyatakan bahawa beliau memilih SMA Maran sebagai tempat pengumuman tersebut kerana SMAM telah berjaya menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi perubahan GPS dari tahun 2016 ke 2017 iaitu 1.41. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMAM 2017 yang mengambil peperiksaan SMA terutamanya 14 orang pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz dan seorang darinya telah mendapat Mumtaz Sufi. Tahniah.





















PENDAFTARAN ASRAMA DAN TINGKATAN 5 2018

      



     pendaftaran asrama SMA Maran dan pendaftaran tingkatan 5 sesi 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut. Harap maklum dan selamat kembali ke sekolah. Semoga tahun baru ini akan membawa kejayaan yang lebih baik kepada kita dunia dan akhirat.

Friday 22 December 2017

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2017



       Keputusan Rasmi Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2017 akan diumumkan oleh YH Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang pada 29 Disember 2017 (Jumaat).

    Calon-calon SMA Sekolah Menengah Agama Maran boleh mendapatkan slip keputusan masing-masing mulai jam 10.00 pagi di SMA Maran. Warga SMA Maran mengucapkan tahniah kepada semua calon SMA 2017. Semoga diberikan kejayaan gilang gemilang oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH.

PROGRAM SEMAIAN KASIH DAN JASAMU DIKENANG PERSATUAN ALUMNI SMAM

        Satu program bertajuk semaian kasih dan jasamu dikenang telah dilaksanakan oleh persatuan Alumni SMA Maran (PERASAMA) bertempat di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Ahad jam 8.30 pagi. Program dijangkakan dirasmikan oleh YB Puan Nurhidayah Binti Dato' Haji Mohammad Shahaimi ( ADUN kawasan Luit) yang juga merupakan Penaung kepada Persatuan Alumni SMA Maran. Tahniah diucapkan.

Thursday 14 December 2017

PENDAFTARAN SMAM SESI 2018

     Alhamdulillah, sesi pendaftaran untuk pelajar SMAM 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis 14 November 2017. Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi. Pendaftaran dilakukan secara dua sesi iaitu 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari untuk pelajar tingkatan 1 dan sesi kedua dari pukul 2.30 ptg hingga 5.00 petang untuk pelajar tingkatan 2 hingga 4. Pendaftaran pelajar tingkatan 5 belum dilakukan kerana menunggu keputusan SMA. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pendaftaran ini.


KEPUTUSAN PT3 2017



Keputusan PT3 2017 telah selamat diumumkan dan diserahkan kepada pelajar-pelajar pada hari Khamis 14 November 2017 di Pejabat SMA Maran. Berikut adalah rumusan keputusan:


1. SITI KHADIJAH 8A,2B,1C
2. AFIQ FAHMI 7A,3B,1C
3. FAIZATUL ADILAH 7A,2B,2C
4. WAN SYAZA 7A,2B,2C
5. NOR ADLINA 6A,2B,2C
6. MUSTAFA 6A,2B,3C
7. AHMAD FAHMI 5A,2B,3C,1D
8. NUR SYAFRYZA 5A,2B,3C
9. NORA AISYAH 5A,1C,1D,1E

1 ORG PELAJAR MENDAPAT 6F

SUBJEK YG MENCATATKAN PENINGKATAN GPMP
1. BAHASA ARAB 1.16
2. MATEMATIK 0.47
3. PENDIDIKAN ISLAM 0.07

LAIN-LAIN SUBJEK MENCATATKAN SEDIKIT PENURUNAN. 

GPS 2016 3.23
GPS 2017 3.52

TAHNIAH BUAT SEMUA YG TELAH BERUSAHA KERAS SEPANJANG TAHUN 2017. DENGAN INI PT3 2017 MELABUHKAN TIRAINYA. JUMPA LAGI PADA TAHUN 2018. 

SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH MEMBANTU DALAM MELANCARKAN PERJALANAN PT3 2017