Monday, 26 May 2025

MAKLUMAN PENAMATAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN

 Assalamualaikum wbt, 

Kepada: Semua Ibubapa/Penjga yang dihormati 

MAKLUMAN PENAMATAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan pada 28 Mei 2025(Rabu) akan ditamatkan awal iaitu pada pukul 1.00pm setelah selesai program motivasi dan ceramah agama.

Sehubungan itu, pihak ibu bapa/penjaga diharap dapat mengambil maklum akan perubahan ini dan membuat persediaan sewajarnya untuk menjemput anak masing-masing tepat pada waktunya.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Daripada,

Pentadbiran SMA Maran

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA 2025

 


Assalamualaikum wbt,

Kepada: Semua Ibubapa SMA Maran

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA 2025

Untuk makluman tuan/puan cuti persekolahan penggal pertama 2025 akan bermula pada 29/5/2025 sehingga 09/6/2025.

Sehubungan dgn itu, sesi persekolahan akan bermula semula pada 10/6/2025(Selasa). Sila pastikan anak jagaan tuan/puan hadir ke sekolah mengikut hari persekolahan seperti biasa.

Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dgn ucapan terima kasih.

Daripada,

Pentadbiran SMA Maran

𝗠𝗔𝗦𝗜𝗦𝗨𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟰𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

    Program dijalankan dari 22 Mei hingga 25 Mei 2025 di Maahad SAS dan SMA Pulau Tawar. Maahad SAS mengelolakan acara sukan manakala SMA Pulau Tawar mengelolakan acara ilmiah. Seramai 30 orang pelajar SMAM telah terlibat dalam program tersebut dengan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.     

                                                                                                                                                                    


 


 

Wednesday, 21 May 2025

Tahniah Saudara Anas dan Saudari Shasha

      Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada 2 pelajar SMA Maran iaitu Saudara Anas dan Saudari Shasha yang telah berjaya meraih Johan (Anas) dan Gangsa(Shasha) dalam pertandingan Taekwando "Ultimate Warrior Championship" yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini. Kedua-dua pelajar ini diraikan dalam perhimpunan rasmi Isnin 19 Mei 2025 yang lalu. Anugerah disampaikan oleh Pengetua SMA Maran, Cikgu Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.






ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN TELESKOP

    Warga SMA Maran mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak MUIP yang telah sudi menyumbangkan satu teleskop untuk Kelab Falak SMA Maran pada hari Khamis 15 Mei 2025. Terimakasih dan alhamdulillah.


Dari Kanan: GPK Koko - Ustaz Arsyad, Pengetua - Cikgu Fairuz, Guru penasihat Kelab Falak SMAM - Ustaz Hakam dan Ustaz Abdullah Fahmi



Friday, 16 May 2025

SAMBUTAN HARI GURU SMA MARAN 2025

     Sambutan dimulai dengan Solat Dhuha, Solat Hajat dan tahlil pada jam 8.10 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Seterusnya majlis disambung dengan acara Forum Kejayaan yang melibatkan 5 orang pelajar iaitu Aisyah Solehah selaku moderator dan 4 ahli panel yang merupakan 2 pelajar cemerlang SMA 2024 dan 2 orang pelajar cemerlang SPM 2024.






































Wednesday, 14 May 2025

PROGRAM MESRA PENDIDIKAN DUN KERDAU - TAHNIAH PELAJAR 9A SMA MARAN SPM 2024

   Warga SMA Maran mengucapkan tahniah kepada 2 pelajar SPM SMAM yang telah turut diraikan dalam Program Mesra Pendidikan DUN Kerdau pada Selasa 13 Mei 2025. Kedua pelajar tersebut ialah Saudari Engku Wadihah dan Sufiah Insyirah. Tahniah. 

Sufiah Insyirah menerima hadiah dari YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang

Engku Wadihah menerima hadiah 

Dari kanan depan: Pengetua SMA Maran, Timbalan YDP SMA Maran dan YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN.,