Majlis penyerahan "vest" kepada wakil setiap kelas telah diadakan pada hari Isnin 16 Jun 2025 dalam perhimpunan rasmi Isnin. Setiap kelas diberikan 2 helai "vest" untuk dipakai oleh pelajar yang mahu keluar kelas seperti ke tandas, pejabat, bilik guru dan sebagainya semasa waktu PdPr. 1 diperuntukkan untuk pelajar lelaki dan 1 diperuntukkan untuk pelajar perempuan.
Monday, 16 June 2025
PERASMIAN PEMAKAIAN "VEST" KELUAR KELAS
BENGKEL A+ MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN 4 & 5
Panitia Matematik SMA Maran telah mengadakan Bengkel A+ Matematik bagi semua pelajar Tingkatan 4 & 5 sebagaimana berikut:
Tarikh: 15 Jun 2025 - Ahad
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMA Maran
BENGKEL MATEMATIK ANJURAN JAIP DI MAAHAD SAS JENGKA
Program dilaksanakan di Maahad SAS jengka pada hari Sabtu 14 Jun 2025. Seramai 6 pelajar SMA Maran terlibat. Semoga ianya meningkatkan kemahiran Matematik para pelajar. InsyaALLAH.
TAKLIMAT NUTP
Dilaksanakan dalam mesyuarat Kurikulum Bil 2 2025. NUTP diberikan masa 10 minit dalam mesyuarat untuk membuat penerangan program NUTP. Penerangan dilakukan oleh 2 pegawai NUTP.
MESYUARAT KURIKULUM BIL 2/2025
Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SMA Maran pada hari Jumaat petang jam 2.50 hingga 4.30 petang. Ianya dihadiri oleh semua guru dan staff.
Wednesday, 11 June 2025
PEMANTAUAN PASUKAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 TAHUN 2025
Berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg. Pemantauan dilaksanakan oleh Pasukan Audit dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Tuesday, 10 June 2025
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2025 BOUTH TINGKATAN 4 DAN PRA STAM TINGKATAN 5
KEJOHANAN BADMINTON PIBG SMAM 2025
TAKLIMAT SESI AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 TAHUN 2025
Taklimat diadakan pada hari pertama persekolahan penggal ke-2 pada hari Selasa 10 Jun 2025 di Bilik Mesyuarat SMA Maran dari jam 7.40 hingga hingga 8.30 pagi. Ianya dihadiri oleh semua guru-guru SMA Maran. Taklimat disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Saiful Faizal Bin Karim.
Sunday, 1 June 2025
PERKAMPUNGAN ILMU SMA DAN SPM SIRI 1 2025
Program kelas tambahan ini diadakan diawal cuti penggal pertama dari Rabu 28 Mei 2025 hingga Jumaat 30 Mei 2025. Semoga program ini mengukuhkan persediaan pelajar untuk menghadapi SMA dan SPM 2025. InsyaALLAH.