Friday, 17 October 2025

MAJLIS SOLA T HAJAT PERDANA DAN BENGKEL HALA TUJU PEMBELAJARAN SELEPAS SPM TAHUN 2025

 


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pentadbiran ini dengan sukacitanya memaklumkan bahawa program seperti di atas akan dijalankan 

sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh/hari:  07 November 2025 I Jumaat

Tempat       : Dewan Tun Abdul Razak, SMA Maran

Agenda 08.30am - Solat Hajat

08.50am - Ucapan YDP PIBG SMA Maran

09.1 0am - Bengkel Hala Tuju Pembelajaran Selepas SPM

11.15am - Majlis Restu llmu

12. 00pm - Bersurai

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menjadikan program ini lebih bermakna

kepada seluruh warga SMA Maran.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA "

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FAIRUZ BIN AB KUDUS)

Pengetua SMA Maran


MAKLUMAN TARIKH UASA, PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025

 





SEMINAR SMA: SUBJEK FEQAH (16 OKTOBER 2025)

   Seminar diadakan di Bilik KHB bermula dari jam 3.15 hingga 5.15 petang. Ianya disampaikan oleh Ustazah Ummu Hasnaa dari SMA Chenor. Semoga semua ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan dan akan meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan SMA. InsyaALLAH.




PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 13 OKTOBER 2025

   Perhimpunan diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Warga SMA Maran mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Siti Nur Aisyah (guru praktikal) dan Cikgu Nur Ainatun Nabilah (guru pengganti Cg Nurul Fathiyatul Nabilah) yang mula bertugas di SMA Maran pada hari ini Isnin 13 Oktober 2025. Warga SMAM juga mengucapkan tahniah kepada adik Nur Shasha Syazwani Binti Suhaimi yang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan Kejohanan TaeKwan-do Piala YBS King Of Fighter Championship yang diadakan di Kompleks Sukan UMPSA, Gambang, Pahang.

Ucapan perkenalan dari Cikgu Siti Nur Aisyah



Pengetua SMAM menyampaikan pingat dan sijil kepada adik Nur Shasha Syazwani





Sunday, 12 October 2025

SEMINAR KECEMERLANGAN SMA 2025: SUBJEK AL-QURAN

     Ianya diadakan pada hari Ahad 12 Oktober 2025 di Bilik KHB SMA Maran bermula dari jam 9 hinggga 11 pagi. Ianya dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 4. Seminar diselaraskan oleh Ustazah Salmiah.


SEMINAR KECEMERLANGAN SMA 2025: SUBJEK INSYAK

    Seminar dijalankan di Bilik KHB SMA Maran pada hari Jumaat 10 Oktober 2025 dari jam 2.30 hingga 5.30 petang. Ianya diselaraskan oleh Guru Subjek Insyak, Ustazah Azifah.




SOLAT HAJAT, TAHLIL DAN DOA UNTUK KECEMERLANGAN SMA, SPM, UASA DAN DOA KHAS UNTUK SUMUD FLOTILLA (9 OKTOBER 2025)

    Satu majis ringkas dilaksanakan pada hari Khamis 9 Oktober 2025 yang melibatkan solat hajat berjemaah, tahlil dan doa untuk kecemerlangan SMA, SPM, UASA dan Sumud Flotilla. Majlis bermula dari jam 7.10 hingga 7.40 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dihadiri oleh semua pelajar SMAM. Alhamdulillah. Majlis dilaksanakan khas untuk mengambil ruang kosong waktu tahfiz yang tidak dapat dilaksanakan kerana semua tenaga pengajar Tahfiz dipanggil untuk satu majlis di UNIPSAS Kuantan.