Perhimpunan diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Warga SMA Maran mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Siti Nur Aisyah (guru praktikal) dan Cikgu Nur Ainatun Nabilah (guru pengganti Cg Nurul Fathiyatul Nabilah) yang mula bertugas di SMA Maran pada hari ini Isnin 13 Oktober 2025. Warga SMAM juga mengucapkan tahniah kepada adik Nur Shasha Syazwani Binti Suhaimi yang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan Kejohanan TaeKwan-do Piala YBS King Of Fighter Championship yang diadakan di Kompleks Sukan UMPSA, Gambang, Pahang.
Ucapan perkenalan dari Cikgu Siti Nur Aisyah
Pengetua SMAM menyampaikan pingat dan sijil kepada adik Nur Shasha Syazwani
No comments:
Post a Comment