Friday, 22 May 2026

SCHOOL TOUR SCORE A+ PAHANG 2026 - SUBJEK SAINS dan MATEMATIK SPM

    Program dilaksanakan di Bilik Tayang, SMA Maran pada hari Jumaat 22 Mei 2026 (Hari Hol) bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi bagi Subjek Sains dan 10.45 - 12.45 tengahari bagi Subjek Matematik. Program ini merupakan projek kerjasama antara Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI). Penceramah Sains ialah Teacher Nur Bashira Binti Shaharuddin manakala penceramah Matematik ialah Teacher Norsu'aidah Binti Amir. Terimakasih diucapkan kepada pasukan PTTI yang telah datang seawal jam 6.40 pagi untuk membuat persediaan dan seterusnya menjalankan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar SPM 2026 yang telah hadir walaupun pada hari cuti Hol dan permulaan cuti sekolah ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dalam program ini akan dapat digunakan dalam mencapai kejayaan dalam SPM 2026. InsyaALLAH.


SUBJEK SAINS SPM - BERSAMA TEACHER SHIRA






Ketua Pelajar SMAM Saudara Haziq menyampaikan cenderahati kepada penceramah Teacher Shira

SUBJEK MATEMATIK SPM - BERSAMA  TEACHER NORSU'AIDAH BINTI AMIR



Penyampaian cenderahati kepada penceramah Matematik oleh Penolong Ketua Pelajar Saudari Adibah

Wednesday, 20 May 2026

MAJLIS PENYERAHAN KIT LATIHAN DALAM CUTI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5

  Majlis diadakan bermula dari jam 2.00 hingga 2.30 petang Khamis 21 Mei 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Latihan yang diberikan adalah melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains. penyerahan disempurnakan oleh GPK Pentadbiran dan guru-guru kelas. Ibu bapa adalah diminta menandatangani latihan ini untuk mengesahkan anak-anak mereka menjawab latihan yang diberikan.

Pelajar-pelajar sedang meneliti set latihan yang telah diterima


Set Kit Latihan yang telah diterima pelajar

GPK Pentadbiran Cikgu Saiful Faizal bersama sebahagian guru-guru kelas








PENYERAHAN EXPECTED TARGETED RESULT (ETR) KEPADA PELAJAR SPM DAN SMA 2026

    Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak pada hari Khamis 21 Mei 2026 bermula dari jam 1.30 tengahari hingga 2.00 petang. Semua pelajar menerima ETR mereka sebagai cabaran kepada mereka. Semoga calon-calon akan bermotivasi untuk mencapai ETR mereka. InsyaALLAH

Bacaan doa oleh Ustaz Hakam

Ucapan oleh Pengetua SMAM - Tuan Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus



PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLAK SEPAK BAWAH 15 DIANTARA SMA MARAN DAN SMK CHEDUNG JAYA

     Perlawanan diadakan di Padang SMA Maran bermula dari jam 5.30 hingga 6.30 petang Rabu 20 Mei 2026. Alhamdulillah pasukan SMAM menang 3-1.





MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2026

    Mesyuarat dilaksanakan pada hari Rabu 20 Mei 2026 dari jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat SMA Maran. Ianya dipengerusikan oleh Pengetua SMA Maran, Cikgu Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.


Pengerusi mesyuarat - Tuan Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus

PERTANDINGAN MAHRAJAN MEMANAH SMAN 2026

    Kejohanan ini dilaksanakan di SMA Al-Wosto dari 15 hingga 17 Mei 2026. SMAM telah menghantar 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan ke kejohanan ini. Berikut adalah keputusan yang dicapai oleh pasukan SMAM:

Keputusan memanah perempuan

Zulaikha - 19

Naurah - 26

Awatif - 30

Aleesya - 32




Keputusan memanah lelaki

Haziq - 11

Farhan - 15

Zohirul - 30

Iman - 19





 Tahniah diucapkan kepada pasukan SMAM atas keputusan yang telah dicapai. Alhamdulillah.


KEM KEPIMPINAN 2026

   Dijalankan pada Jumaat 15 Mei hingga Ahad 17 Mei 2026 di Dewan Tun Abd Razak dan sekitarnya.
















Ucapan perasmian penutupan oleh Dr. Mohamad Haikal Bin Zakaria, Pengerusi Majlis Belia Maran