Thursday 20 November 2014

AKTIVITI HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2014

   Hari terakhir persekolahan di SMAM bermula dengan perhimpunan pagi di mana pelajar-pelajar mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh guru bertugas, guru disiplin, GPK HEM, GPK Koko dan Pengetua SMA Maran. Pelajar-pelajar diingatkan tentang tanggungjawab mereka dalam masa cuti sekolah dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk tahun-tahun seterusnya.





     Cikgu Norhan dalam ucapan beliau selaku guru disiplin SMAM 2014 memaklumkan bahawa beliau akan menamatkan tugas beliau di SMAM kerana telah mendapat tawaran kerja tetap di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA (JKM). Cikgu Norhan telahpun bertugas di SMAM selama lapan tahun sebagai guru ASPA yang mengajar Matematik Tambahan, KHB dan Matematik. Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih atas jasa yang telah ditaburkan oleh Cikgu Norhan, Semoga beliau berjaya dalam segala bidang yang akan beliau ceburi.





     Seterusnya, dijalankan pula program "Hari Pelaporan" di mana diadakan sesi pertemuan di antara guru-guru dan ibu bapa pelajar untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pelajar. Dalam sesi ini ibu bapa pelajar berbincang dengan guru-guru tentang prestasi anak-anak mereka dalam matapelajaran agama dan akademik.





    Diharapkan pelajar-pelajar dapat menjaga keselamatan diri mereka di waktu cuti persekolahan dan dapat menggunakan masa yang terluang untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua.





No comments:

Post a Comment