Tuesday 23 June 2015

AKTIVITI BULAN RAMADHAN 1436 H BERSAMAAN 2015 MASIHI

       Dalam bulan Ramadhan kali ini, seperti kebiasaannya pada tahun-tahun dahulu, diadakan program Solat Terawih secara berjemaah yang mengumpulkan semua pelajar lelaki dan perempuan bersama-sama di Dewan Tun Abd Razak. Pada waktu tengahari pula bermula pada pukul 1.50 tengahari, semua warga SMAM berkumpul di Dewan Tun Abd Razak untuk berjemaah solat zuhur dan kemudiannya disambung pula dengan Tadarrus Al-Quran. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil seramai 7 atau 8 orang dengan diketuai oleh seorang guru pembimbing. Setiap kumpulan diberikan satu Juzuk untuk ditadarruskan. 
     Pada hari Selasa, jam 5.15 ptg - 6.30 ptg, 23 Jun 2015 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1436 pula, diadakan satu gotong royong ringkas untuk menanam pokok sawit disekeliling kawasan sekolah yang sudah diteres dan dibersihkan. Pelajar-pelajar lelaki ASPURA telah diminta untuk membawa sebatang anak pokok sawit setiap seorang untuk ditanam di lubang-lubang yang telah disediakan di sekeliling kawasan sekolah. Ini sebenarnya adalah sebahagian daripada projek PIBG SMAM untuk menjana pendapatan tabung PIBG. Semoga projek ini nanti akan membuahkan hasil diharapkan untuk tabung kewangan PIBG.




    Sebanyak 70 batang pokok sawit telah berjaya ditanam pada hari gotong royong ringkas ini. Terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dari kalangan pelajar-pelajar dan juga guru-guru. Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment