Friday 29 December 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2017


    Alhamdulillah, keputusan rasmi PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2017 telah selamat diumumkan pada hari Jumaat 29 Disember 2017. Alhamdulillah juga kerana tuan Pengarah JAIP telah sudi memilih SMA Maran sebagai tempat untuk membuat pengumuman. warga SMA Maran amat berbesar hati penerima kunjungan YH Dato' Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang diiringi oleh pegawai-pegawai JAIP termasuk KPP Pendidikan Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad dan juga semua pengetua-pengetua SMAN. 
   Dalam ucapannya, Dato' Pengarah telah menyatakan bahawa beliau memilih SMA Maran sebagai tempat pengumuman tersebut kerana SMAM telah berjaya menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi perubahan GPS dari tahun 2016 ke 2017 iaitu 1.41. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMAM 2017 yang mengambil peperiksaan SMA terutamanya 14 orang pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz dan seorang darinya telah mendapat Mumtaz Sufi. Tahniah.























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment