Tuesday 3 April 2018

Doakan Cikgu Abdullah Kita





        Berita dari ahli keluarga Cikgu Abdullah pada pukul 4 petang 3 April 2018 menyatakan bahawa pihak doktor telah menyatakan Cikgu Abdullah dalam keadaan tenat.Doktor telah mengarahkan semua ahli keluarga datang dengan kadar segera untuk berjumpa dengan Cikgu Abdullah. Doktor menyatakan pihak mereka telah melakukan yang terbaik untuk Cikgu Abdullah dan meminta pihak keluarga redha dengan pemergian Cikgu Abdullah dalam masa terdekat ini. Doktor telah membenarkan membuat lawatan kepada Cikgu Abdullah bila-bila masa sahaja. Sama-samalah kita terus mendoakan Cikgu Abdullah untuk sembuh. Semoga ALLAH mengabulkan doa-doa kita semua. Bacaan Yaasin telah dibuat di surau ASPURA pukul 5.00 petang tadi yang menggabungkan pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI. Majlis dipimpin oleh Ustaz Farek. MArilah kita teruskan doa kita supaya Cikgu Abdullah sembuh. Tiada yang mustahil dengan kuasa ALLAH. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment